Ahad, 24 Januari 2010

daripada jelata kepada baginda





tidak semena-mena...
beduk itu berbunyi lagi...
memberi alamat pemergian hamba yang disayangi di sisi-Nya....
seorang khalifah...
pemerintah....
berjiwa...
berbudi....
untuk rakyat yang mendaulat....

yang ada pasti pergi....
sebagaimana putaran hidup ini terus berputar....
tanpa hentinya....

bermulanya dengan anak-anak mencari erti....
remaja diisi dengan ilmu dan dimensi kerakyatan...
tiba masanya...
dicurahkan sebagaimana ayahanda dulu kala.....

insan bersedia bergelar raja...
tinggi disisi jelata...
dihati kau bertakhta...
disebalik berdirinya payung negara....

hari ini baginda pergi....
esok lusa...dikenang budi...
anakanda sebagai pengganti....
berjiwa rakyat...
berhati murni....
di kiri dan kanannya...
persiapan dengan janji...
untuk dipenuhi....

sebagai....
pemerintah...
khalifah...
di bumi....
di hati....
setiap rakyat negeri....

al-Fatihah....
negeriku.....




di sisi-Nya...
Moga yang terbaik....

Junjung titah patik harap diampun....

dari rakyat yang mengerti....
dari hamba yang mencari...
menemui......

Rabu, 6 Januari 2010

rasa sayang hey...



nilaikannya...

terasa inginku berbicara..di sudut maya..tiada siapa terasa...saat ini cebisan riwayat kehidupan insan..melihat kabus kabur kehidupan yang diperjalankan perlahan....

manusia....
adam dan hawa...cukup sempurna..tiada cacat cela..dari pandangan pencipta-Nya...
di situ bermula dan seterusnya berakhir nyawa....

pemerintah dan khalifah...membina empayar-empayar ...
gelap mata dengan kuasa...ada hanya bercerita tentang dunia..tanpa terfikir mungkin sejenak lagi tertutup dua mata....sayang-sayang....adakalanya memori itu perlu pada ketika....
sebaliknya ada yang membiarkan umat tertindas dengan kata propaganda yang dicipta...
bukanlah balasan yang dipinta..sekadar bertanya bagaimana sudah memberi makna...




pilihan antara dua...
kiri dan kanannya....
ibarat syurga dan neraka....
lihat lah hati bukan paras rupa sebaliknya jiwa....

pandangan pertama bukanlah menipu...
untuk menilai mana kaca mana permata...
dalam sebalang susu...
keruh jua bersama nila......

bukan putih diminta selamanya...
andai itu ada hikmahnya...
hitam diputihkan...
putih diserikan agar bersih jadinya.....

bintang di langit....
bersinar.....
menerangi malam....

mentari pula menggantikan posisinya...
untuk siang sebagaimana bertempiaran engkau mencari harta....

setiap ruang perlu dicari...
dan peluang direalisasi.....


sedikit renungan....


Jumaat, 1 Januari 2010

PROGRAM GERHANA BULAN SEPARA 1 JANUARI 2010 DAPAT SAMBUTAN HANGAT



Program Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara yang berlangsung di ambang tahun baru 2010 iaitu mulai jam 1.00 hingga 6.00 pagi disertai hampir 1500 orang awam.
Program yang diadakan di Perkarangan Luar Masjid Negara (berhampiran tapak expo) ini turut dihadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, Pn. Azreena Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan & Sains Angkasa (ANGKASA), dan Tuan Haji Othman Bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Kira-kira 10 buah teleskop disediakan untuk memastikan orang awam berpeluang menyaksikan fenomena ini secara lebih dekat. Antara pihak yang terlibat dalam menyediakan kemudahan teleskop ialah ANGKASA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Persatuan Astronomi Star Hunter dan Persatuan Falak Syari Malaysia.
Seawal jam 10.00 malam orang ramai mulai membanjiri perkarangan luar Masjid Negara bagi memastikan mereka berpeluang menyaksikan fenomena ini di lokasi yang strategik. Pelbagai pengisian program turut diadakan sepanjang ianya berlangsung antaranya Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh, Taklimat Gerhana dari Sudut Sains dan Sudut Islam, Kuiz Gerhana, Pameran Bulan, Solat Sunat Gerhana (Solat Sunat Khusuf) serta Khutbah Gerhana..Tidak ketinggalan sesi astrofotografi turut dijalankan oleh semua peminat astronomi dan pihak media.
Siaran langsung fenomena ini turut disaksikan menerusi laman web ANGKASA di www.angkasa.gov.my bagi mermberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menyaksikan fenomena khususnya bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Masjid Negara.
Faktor cuaca yang berawan iaitu mulai jam 1.00 pagi hingga 3.20 pagi menyukarkan kenampakan fenomena ini dan rata-rata orang awam kecewa kerana tidak berpeluang melihat perubahan fenomena Gerhana Bulan untuk kali ini. Manakala pada jam 3:20 pagi hingga 5:30 pagi planet Zuhal dan Marikh berjaya dicerap menerusi teleskop dan ianya meredakan kekecewaan orang ramai.Program yang mendapat sambutan hangat ini akan diteruskan bagi memastikan minat serta penglibatan rakyat Malaysia terhadap astronomi ini berterusan dan secara tidak langsung memahami kepentingan bidang ini dalam pembangunan sosioekonomi Negara.

Ahad, 4 Oktober 2009

Budaya Bangau Oh Bangau dalam Bahasa Melayu




Oleh Nawi Ismail (Pelita Bahasa Mei 2003)



Budaya Bangau Oh Bangau dalam Bahasa Melayu


SETIAP bahasa mempunyai peraturan bahasa atau tatabahasa yang tersendiri. Peraturan tersebut perlu dikuasai oleh pengguna bahasa untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dengan betul bagi menyampaikan idea. Dalam konteks bahasa Melayu, aspek tatabahasa bahasa Melayu, khususnya, mula diperkenalkan kepada pelajar ketika mereka berada di sekolah rendah lagi. Perkara yang sama diulang dan diperluas di sekolah menengah.Ringkasnya, setiap pelajar sudah pun mempelajari tatabahasa bahasa Melayu tidak kurang daripada 10 tahun sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, amat malang sekali apabila kenyataan membuktikan bahawa majoriti pelajar tidak menguasai tatabahasa bahasa kebangsaan kita dengan baik sehinggalah mereka meninggalkan alam persekolahan.
 
            Kegagalan pelajar menguasai aspek ini dapat dikesan dengan mudah apabila karangan atau latihan bertulis pelajar dirujuki. Kelemahan tersebut pasti lebih ketara dalam perbualan mereka sehari-hari. Antara aspek asas tatabahasa yang hampir pasti digunakan dalam setiap penulisan, khususnya karangan dan sering pula terdapat kesalahan, termasuklah ketidaktepatan penggunaan kata sendi nama, kegagalan mematuhi hukum D-M, penggunaan imbuhan yang salah, dan binaan ayat yang tidak gramatis.
 
            Sebagai contoh, kegagalan pelajar untuk membezakan penggunaan kata sendi nama dari daripada daripada begitu ketara. Penggunaan kata sendi nama akan dan akhiran -kan selalu bertukar ganti. Demikian juga penggunaan dua kata sendi nama serentak, iaitu demi untuk, sudah menjadi kelaziman bagi sesetengah pelajar. Selain itu, penggunaan kata sendi nama pada dan kepada pula seolah-olah perkara yang sukar sekali difahami. Kesalahan penggunaan imbuhan tertentu pula kerap terjadi. Perhatikanlah contoh kesalahan tersebut dalam ayat yang berikut yang dipetik daripada karangan pelajar.
 
1a.    *Kerajaan ingin mempastikan bahawa pertubuhan itu tidak lari dari matlamat asal penubuhannya.
1b.    Kerajaan ingin memastikan bahawa pertubuhan itu tidak lari daripada matlamat asal penubuhannya.
 
2a.    *Ibu bapa bertindak sedemikian kerana mereka sayangkan anak mereka.
2b.    Ibu bapa bertindak sedemikian kerana mereka sayang akan anak mereka.
 
3a.    *Ibu bapa sanggup melakukan apa-apa sahaja demi untuk masa depan anak.
3b.    Ibu bapa sanggup melakukan apa-apa sahaja demi / untuk masa depan anak.
 
4a.    *Berbagai-bagai bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan pada mereka.
4b.    Berbagai-bagai bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada mereka.
 
         Oleh sebab kelemahan tersebut pasti menjejaskan prestasi Bahasa Melayu pelajar dalam peperiksaan, guru Bahasa Melayu selalunya mengambil langkah tertentu untuk menanganinya. Kebiasaannya, semasa menyemak kerja bertulis pelajar, guru turut menandakan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam tugasan yang dihasilkan. Setelah memberikan penjelasan tentang sesuatu kesalahan, pelajar diminta membuat pembetulan. Ada juga guru yang memberikan panduan bertulis tentang tatabahasa kepada pelajar sebagai ikhtiar tambahan. Usaha lain termasuklah meminta pelajar mengesan kesalahan tatabahasa dalam teks yang disediakan oleh guru sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu.
            Semua aktiviti itu dilaksanakan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep atau maklumat yang berkaitan dengan tatabahasa. Anehnya, kefahaman pelajar dalam hal ini tidak kekal lama. Selang beberapa hari, terdapat juga pelajar yang mengulangi kesalahan yang sudah pun difahami terdahulu. Dengan hal demikian, banyaklah masa guru Bahasa Melayu terbuang kerana terpaksa mengajarkan perkara yang sama atau hampir sama dari semasa ke semasa meskipun menyedari keberkesanannya tidak seberapa.
 
            Sebagai guru Bahasa Melayu di sekolah, penulis turut berhadapan dengan masalah ini secara yang berterusan. Sehubungan dengan hal itu, penulis pernah berbincang dengan pelajar untuk mendapatkan reaksi mereka tentang permasalahan yang diperkatakan ini. Antara alasan kukuh yang dikemukakan oleh pelajar termasuklah bahawa mereka sudah biasa menggunakan bahasa yang tidak terikat oleh penggunaan tatabahasa yang betul dalam mata pelajaran bukan Bahasa Melayu. Maksudnya, aspek tatabahasa dipentingkan dalam Bahasa Melayu sahaja sedangkan dalam mata pelajaran yang lain, pelajar seolah-oleh diizinkan menggunakan bahasa Melayu yang tidak berperaturan.
 
            Ada  beberapa faktor yang memungkinkan fenomena ini terjadi. Salah satu daripadanya adalah kerana bagi mata pelajaran bukan Bahasa Melayu, aspek isi yang difokuskan. Aspek bahasa sudah dianggap betul sekiranya perkara yang diperkatakan dapat difahami. Kelemahan akan menjadi lebih ketara sekiranya guru yang mengajarkan mata pelajaran bukan Bahasa Melayu tidak berpengetahuan dalam soal kebahasaan, khususnya tatabahasa. Tegasnya, oleh sebab banyak mata pelajaran yang lain yang “mengizinkan” pelajar menggunakan bahasa yang tidak mematuhi tatabahasa, sudah tentu perkara yang sama dilakukan dalam Bahasa Melayu. Kesannya, sedikit banyak prestasi pelajar dalam Bahasa Melayu akan terjejas. Daripada aspek yang lain pula, pelajar akan terus menggunakan bahasa Melayu yang tidak menepati tatabahasanya dan matlamat untuk memantapkan tatabahasa bahasa Melayu sukar sekali menjadi kenyataan.
 
            Kecelaruan penggunaan bahasa dalam kalangan anggota masyarakat juga menjadi salah satu faktor pengabaian pelajar terhadap aspek tatabahasa. Kebanyakan individu tidak memikirkan soal tatabahasa dalam penulisan mereka, apatah lagi ketika berlisan. Jika diperhatikan teks ucapan yang dibaca oleh individu tertentu yang tersiar melalui televisyen, aspek tatabahasa tidak dipedulikan langsung. Demikian juga halnya dengan sesetengah media cetak, terutama akhbar tabloid dan majalah tertentu di pasaran.
 
            Kesilapan penggunaan tatabahasa terdapat juga pada papan tanda, kain rentang, risalah, dan surat pekeliling di jabatan kerajaan atau pihak swasta. Keadaan yang sama turut berlaku di sekolah. Pelbagai kesalahan tatabahasa dan ejaan dapat dilihat pada papan tanda, surat pekeliling, atau dalam buku catatan guru. Situasi yang sedemikian memberikan gambaran kepada pelajar bahawa tatabahasa bukanlah perkara penting dalam pengggunaan bahasa sehari-hari. Ertinya, secara tidak langsung, kelemahan penggunaan tatabahasa di persekitaran pelajar turut mempengaruhi pelajar untuk tidak menguasai aspek tersebut dengan baik.
 
            Tidak dinafikan bahawa banyak sekolah, jabatan kerajaan, atau pihak swasta yang mengambil inisiatif untuk mengatasi kelemahan mereka dalam soal tatabahasa dan ejaan.  Penulis kerap juga diminta mengendalikan kursus yang sedemikian. Apabila peserta diminta memberikan pandangan tentang kelemahan yang berlaku dalam soal tatabahasa, berbagai-bagai reaksi dapat direkodkan. Antara yang menarik termasuklah tanggapan mereka bahawa tatabahasa bahasa Melayu kerap berubah sehingga mengelirukan mereka. Bagi golongan guru pula, mereka menyalahkan ahli bahasa yang didakwa tidak sependapat dalam soal kebahasaan.
 
            Realitinya, kedua-dua pandangan tersebut tidak tepat dan tidak cukup kukuh untuk dijadikan alasan tentang isu ini. Perubahan memang berlaku, tetapi bukan selalu. Pada tahun 1960-an atau tahun 1970-an, misalnya, penggunaan frasa semua pelajar-pelajar, mereka-mereka, lain-lain perkara, memperbesarkan, dan yang seumpamanya dianggap betul. Namun, bentuk yang sedemikian dianggap lewah dan tidak wajar digunakan dalam bahasa Melayu demi memantapkan tatabahasa bahasa kebangsaan kita. Perkara ini sudah pun diketahui umum, termasuk pelajar. Tegasnya, tanggapan bahawa tatabahasa sering “berubah-ubah” tidak benar sama sekali, tetapi penggunalah yang mengubah-ubahkannya mengikut kemahuan sendiri.
 
            Alasan percanggahan pendapat ahli bahasa dalam soal tatabahasa pun tidak wajar diperbesar. Pendapat yang sedemikian lebih bersifat pelarian, iaitu untuk menutup kelemahan individu dalam aspek tatabahasa. Percanggahan pandangan, jika ada pun, tidaklah ketara dan pada umumnya, tidak  melibatkan soal asas tatabahasa. Kelemahan yang dibangkitkan hanyalah yang meliputi perkara asas tatabahasa, misalnya, kata sendi nama, imbuhan, kata bilangan, hukum D-M, dan beberapa perkara lain, termasuk ejaan yang sudah pun tercatat dalam buku tatabahasa. Ahli bahasa manakah yang bercanggah pendapat dalam soal yang dimaksudkan sehingga mengelirukan pelajar dan pengguna bahasa yang lain? Dengan hal demikian, kita tidak boleh terus mengiktiraf individu tertentu sebagai ahli bahasa hanya kerana individu berkenaan memiliki ijazah dan pintar bercakap tentang soal bahasa dengan individu yang tidak mengetahui apa-apa tentang bahasa Melayu.
 
            Oleh sebab itu, kelemahan pelajar dalam aspek tatabahasa memang ketara. Ada banyak faktor yang saling berkaitan dengan permasalahan ini. Namun, sikap pelajar dan sikap anggota masyarakat terhadap aspek tatabahasa merupakan faktor utama kelemahan ini masih ketara. Masalah ini sukar diatasi jika anggota masyarakat masih mengamalkan budaya “bangau oh bangau”. Daripada aspek yang lain pula, matlamat untuk memantapkan tatabahasa bahasa kebangsaan kita tidak akan menjadi kenyataan jika kita tidak berusaha untuk memantapkannya. Sekiranya semua anggota masyarakat, terutama tokoh negara, media massa, dan kakitangan awam, termasuk semua guru, menguasai tatabahasa bahasa Melayu sebagaimana sesetengah daripada mereka menguasai tatabahasa bahasa Inggeris, adakah kelemahan pelajar dalam aspek tatabahasa akan berterusan?
 
 
 

KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN


 
diperolehi dari :
http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/2009/02/25/kesalahan-tatabahasa-dalam-penulisan-karangan/
SILA BACA DAN AMBIL TINDAKAN.

Pendahuluan:

Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh murid. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan anda tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah anda. Oleh itu, jangan memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan berikut:-

Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :

1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)

2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat.
sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)

3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….

sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.

4. memberi kasih sayang ……

sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.

5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan…..

sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……

6. Ini kerana ……

sepatutnya Hal ini demikian kerana…

7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana.

‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.

8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …

mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. Pembetulan : ….. mempunyai pilihan yang banyak…

9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati.

‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.

10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri.

Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)

11. Bentuk lewah. Sebagai contoh :

Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…

12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif.

Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.

13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi.

Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).

14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara.

Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……

15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..
sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.

16. Pada masa kini….

sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.

17. Kesalahan penanda wacana.

Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…

18. oleh kerana..

sepatutnya oleh sebab…

19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata.
 Sebagai contoh : …di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.
Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).

20. Kesalahan pengejaan kata majmuk.

Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.

21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan.

“tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.

Kesimpulannya:

Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.

Selasa, 29 September 2009

Keroncong Hari Raya - Wings


Keroncong Hari Raya

 G                  C                             Fm            Bb     
Ranjau yang panjang menggamit datang ku kembali

G                   C                   Dm
Berulang kembali saat kita nanti

G                  C                  Fm            Bb     
Pertemuan yang mengeratkan silaturrahim

G                   C                   Dm
Tuluskanlah damai cinta pun bersemi

          Bb                     C
Kuhulurkan tangan padamu
              A                 Dm
Semeriah hari raya
             Bb               C               Dm
Di hari raya kita dipertemukan

G        C                  Fm            Bb     
Aidilfitri mengulangkan kejayaanmu

G                   C                   Dm
 Menjulang bangsaku teguh dan berdiri

G                  C                  Fm            Bb    
Budi dan jasamu tak mungkin dapat aku membalas

G                   C                   Dm
Tunggu akhir hayat kau tetap ku kenang


           Bb                     C
Sepanjang perjalananku
          Bb                     C
Engkau setia meneman
            A                              Dm
Rasanya tidak akanku tinggalkan lagi

G        C                  Fm            Bb    
Semalam sudah pun kita rasa berjauhan

G                   C                   Dm
Rindu dan dendam memuncak dah lama

G        C                  Fm            Bb 
Terhurai jernih air mata sedih mengalir

G                   C                   Dm
Mengenang mereka yang dahulu pergi

coretan Lebaran



gerimis semalam mendingan kedatangan syawal...

kurma dijamah, manisan berbuka amalan sunnah Rasul junjungan...

syahdu hati dan jiwa insan disaat Ramadhan berlabuhkan tirainya...

beserta harapan agar segala amalan diterima seadanya...

pulangnya anak perantauan bersama kegembiraan yang tidak terhingga..

berkumpul sekeluarga  dalam keriangan lebaran yang menjelma...

bertanya khabar dan kasih sayang  murni bersama...

handai taulan berhimpun dalam  gelak tawa kehidupan  kota..

haru biru hilang segalanya di desa...

anak gadis dan para ibu menyiapkan santapan kewajipan..

ketupat, lemang, kari dan rendang tidak dilupakan...

segala hiburan terhenti seketika...

orang lama mohor besar memberikan perkhabaran kepada semua..

iringan takbir memenuhi segenap ruang pelusuk alam...

di sana, di sini...

sayu alunannya....

kanak-kanak meriah tidak terkira, dalam saku adanya....

tidak cukup tangan memegang, dibaling lantas sebagai keselamatan...

tradisi lama tidak dilupakan...

bermain mercun walaupun sudah diberi amaran..

riangnya muka dalam menanti esok ketika..

duit raya sebagai ganjaran sewaktu bersalaman...

yang tua dipohon kemaafan...

segala kesilapan dalam kehidupan....

air mata sebagai saksi kejadian...

tidak lupa pada yang tiada, moga dicucuri rohnya...

takbir syawal sebagai permulaan...

dalam kewajipan memohon keberkatan kepada Ar-Rahman...

dua rakaat berserta khutbah diperdengarkan...

sebagai peringatan dalam keriangan....

hidangan juadah disediakan...

kepada tetamu yang datang bertandang...

Silaturrahim dipereratkan...

moga bertemu di hari kemudian...

dengan keizinan-Nya...


yang masih ada meneruskan perjalanan...

pada yang tiada,  bersemadi dengan segala kerahmatan....


salam lebaran....
Related Posts with Thumbnails