Selasa, 29 September 2009

Keroncong Hari Raya - Wings


Keroncong Hari Raya

 G                  C                             Fm            Bb     
Ranjau yang panjang menggamit datang ku kembali

G                   C                   Dm
Berulang kembali saat kita nanti

G                  C                  Fm            Bb     
Pertemuan yang mengeratkan silaturrahim

G                   C                   Dm
Tuluskanlah damai cinta pun bersemi

          Bb                     C
Kuhulurkan tangan padamu
              A                 Dm
Semeriah hari raya
             Bb               C               Dm
Di hari raya kita dipertemukan

G        C                  Fm            Bb     
Aidilfitri mengulangkan kejayaanmu

G                   C                   Dm
 Menjulang bangsaku teguh dan berdiri

G                  C                  Fm            Bb    
Budi dan jasamu tak mungkin dapat aku membalas

G                   C                   Dm
Tunggu akhir hayat kau tetap ku kenang


           Bb                     C
Sepanjang perjalananku
          Bb                     C
Engkau setia meneman
            A                              Dm
Rasanya tidak akanku tinggalkan lagi

G        C                  Fm            Bb    
Semalam sudah pun kita rasa berjauhan

G                   C                   Dm
Rindu dan dendam memuncak dah lama

G        C                  Fm            Bb 
Terhurai jernih air mata sedih mengalir

G                   C                   Dm
Mengenang mereka yang dahulu pergi

coretan Lebaran



gerimis semalam mendingan kedatangan syawal...

kurma dijamah, manisan berbuka amalan sunnah Rasul junjungan...

syahdu hati dan jiwa insan disaat Ramadhan berlabuhkan tirainya...

beserta harapan agar segala amalan diterima seadanya...

pulangnya anak perantauan bersama kegembiraan yang tidak terhingga..

berkumpul sekeluarga  dalam keriangan lebaran yang menjelma...

bertanya khabar dan kasih sayang  murni bersama...

handai taulan berhimpun dalam  gelak tawa kehidupan  kota..

haru biru hilang segalanya di desa...

anak gadis dan para ibu menyiapkan santapan kewajipan..

ketupat, lemang, kari dan rendang tidak dilupakan...

segala hiburan terhenti seketika...

orang lama mohor besar memberikan perkhabaran kepada semua..

iringan takbir memenuhi segenap ruang pelusuk alam...

di sana, di sini...

sayu alunannya....

kanak-kanak meriah tidak terkira, dalam saku adanya....

tidak cukup tangan memegang, dibaling lantas sebagai keselamatan...

tradisi lama tidak dilupakan...

bermain mercun walaupun sudah diberi amaran..

riangnya muka dalam menanti esok ketika..

duit raya sebagai ganjaran sewaktu bersalaman...

yang tua dipohon kemaafan...

segala kesilapan dalam kehidupan....

air mata sebagai saksi kejadian...

tidak lupa pada yang tiada, moga dicucuri rohnya...

takbir syawal sebagai permulaan...

dalam kewajipan memohon keberkatan kepada Ar-Rahman...

dua rakaat berserta khutbah diperdengarkan...

sebagai peringatan dalam keriangan....

hidangan juadah disediakan...

kepada tetamu yang datang bertandang...

Silaturrahim dipereratkan...

moga bertemu di hari kemudian...

dengan keizinan-Nya...


yang masih ada meneruskan perjalanan...

pada yang tiada,  bersemadi dengan segala kerahmatan....


salam lebaran....

RETORIK, STRATEGI SKEMA DAN MAJAZ


Definisi Retorik, Strategi Skema dan Majaz

Retorik berasal daripada perkataan Yunani 'rethor' yang bermaksud pidato. Ia merujuk kepada seni penggunaan bahasa di dalam pertuturan atau penulisan iaitu dengan tujuan memujuk, mempengaruhi dan meyakinkan orang. Seni ini digunakan terutamanya di dalam karya prosa seperti jenis-jenis teks pidato. Selain itu, retorik turut merangkumi seni memilih perkataan, memilih susunan ayat dan menggunakan bunga-bunga bahasa. Tokoh-tokoh retorik klasik yang terkenal ialah Plato dan Aristotle. Aristotle mendefinisikan retorik sebagai kebolehan mengenal pasti dan memperhatikan dalam suatu situasi yang memberi penekanan dan pemujukan. Dalam konteks moden, retorik ialah seni penggunaan bahasa persuratan mahupun lisan yang membabitkan penyampaian fakta dan idea dengan bahasa yang menarik dan berkesan berdasarkan pengetahuan yang tersusun baik. Kemampuan dan kemahiran bahasa inilah yang digunakan untuk menyampaikan fikiran dan gagasan idea, menerusi nahu dan gaya yang sesuai bagi mempengaruhi sikap dan perasaan orang.

Pemikiran retorik juga diasaskan kepada pendapat yang dikongsi bersama dan bertujuan untuk membentuk penghujahan sehingga kepada kesimpulan. Sekiranya sesuatu ungkapan itu tidak mengandungi sebarang isi, maka timbullah untkapan retorik kosong. Sehubungan dengan itu, retorik perlu dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin menggunakan bahasa dengan cara yang sebaik-baiknya, demi mencapai tujuannya dalam berbahasa. Terdapat dua aspek penting yang perlu diketahui menganai retorik, iaitu pertama, pengetahuan mengenai bahasa dan penggunaan bahasa yang baik. Perkara ini telah dipelajari dalam topik tatabahasa. Kedua. Pengetahuan mengenai objhek tertentu yang akan disampaikan dengan menggunakan bahasa.

Ciri-ciri umum retorik :

  1. Ia mestilah sebuah penulisan atau gaya lisan yang berkesan dan mempunyai bahasa, pemikiran dan perasaan yang tepat dan baik.


  2. Ia perlu ada kekemasan dan ketersusunan wacana.

Untuk menghasilkan suatu retorik sebagai penulisan yang berkesan, ia seharusnya membabitkan salah satu daripada empat corak wacana, iaitu pemerian, pendedahan, penghujahan dan penceritaan. Retorik klasik, tropes dan skim-skim masuk golongan kanun gaya. Ciri-ciri stilistik ini memang melakukan menambah rempah kepada penulisan dan bercakap. Dan mereka biasanya berfikir menjadi meyakinkan kerana mereka menghiasi sebaliknya bahasa biasa; kewujudan konsepsi yang kita adalah dipujuk oleh gambaran dan keindahan kerana kita mencari ia menghiburkan. Terdapat banyak lagi untuk tropes dan skim-skim daripada permukaan pertimbangan-pertimbangan. Sesungguhnya, ahli-ahli politik dan penggunaan pendeta bahasa ini dibentuk untuk mewujudkan khusus kesan-kesan sosial dan politikal dengan terus bermain emosi-emosi kita.

Majaz Bahasa Kiasan merupakan penggunaan sepatah kata, frasa, atau imej dalam sebatang jalan tak terniat oleh normalnya kepentingan. Skema merupakan satu perubahan dalam urutan kata standard atau pola. Tropes dan skim-skim sedang dikenali secara kolektif sebagai rajah bagi ucapan. Ekoran adalah satu senarai pendek beberapa bagi rajah yang paling biasa ucapan. Saya telah memilih rajah begitu ahli politik dan penggunaan pendeta sering--terutama skim-skim bagi pengulangan dan urutan kata, yang menyampaikan kuasa. Dalam linguistik, skim adalah satu kiasan perubahan itu susunan normal kata-kata dalam satu struktur hukuman. Satu contoh yang baik seorang penulis lakonan terkenal untuk penggunaannya skim-skim dan tropes adalah William Shakespeare. Menurut Umar Junus (1989), penggunaan retorik sebagai estetika yang saling berhubungan dengan keindahan . Aspek yang diberikan kepada karya seni termasuk karya sastera. Ia juga lebih umum kepada bahasa, berhubung penggunaan bahasa lebih menekankan kepada akibat dan tujuan. Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Melalui novel yang dikaji, dilihat penulis menerapkan kepelbagaian retorik dalam penulisannya. Segala maksud dan penjelasan dalam karya dapat disampaikan dengan jelas dan menarik kepada pembaca.

KAJIAN GAYA BAHASA NOVEL MUSAFIR ( HASAN ALI )



Penjelasan secara mendalam mengenai karya yang dikaji.
Pengenalan.

Musafir murupakan novel karangan asli yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini merupakan Pemenang Hadiah Kedua Peraduan Novel DBP 1958 (tidak ada pemenang pertama). Pernah menjadi buku teks sastera SPM. Diterjemahkan ke bahasa Tionghua oleh Tan Yong Seong, 1963.

Pada keseluruhannya, novel ini bersifat sederhana dengan memelihara sifatnya sebagai novel kecil daripada cacat cela yang besar. Selain daripada cerita pengembara dan pengalaman perjalanan hidup seorang mualaf yang berperanan memberikan hiburan kepada pembaca, maka Musafir juga mengemukakan beberapa masalah masyarakat. Serta pandangan hidup yang membuka jalan berfikir. Musafir dijalinkan dengan kisah Lee Han bermusafir dari satu tempat ke satu tempat lantaran menghadapi konflik hidupnya. Musafir pertama terpaksa dilakukannya lantaran lari dari tahanan akibat dihukum kerana mencuri. Pada permulaan dikisahkan dengan kehidupan Leman (Lee Han) seorang musafir yang mengembara ke kawasan baru iaitu Kampung Cangkat Pinang dan telah menjadi ahli keluarga angkat kepada Pak Aji yang bertanggungjawab mengislamkan Leman. Beliau memulakan kehidupan barunya secara perlahan-lahan sehingga berjaya membuka sebuah kedai runcit. Sehingga suatu hari beliau di fitnah oleh Lebai Karim dan mereka yang dengki dengan kedudukannya sekarang. Leman mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung tersebut agar segala ketegangan yang berlaku dapat dileraikan. Musafir kedua angkara fitnah dan dituduh melakukan perkara sumbang bersama seorang janda. Kerana perasaan hasad dengki Lebai Karim dan orang ramai terhadap kesenangan hidupnya sekarang. Beliau mengambil keputusan untuk keluar dari kampung berkenaan dalam menenangkan ketegangan yang melanda. Beliau memulakan hidup baharu di sebuah perkampungan nelayan. Beliau telah dipelihara oleh Pak Rahman iaitu antara orang besar di kampung berkenaan. Musafir ketiga berlaku kerana berkahwin secara cina buta. Demikianlah musafir demi musafir dilakukannya sehingga berjaya mendirikan penghidupan dengan seribu kenangan. Musafir merupakan sebuah cerita yang amat mengasyikkan ketika novel ini diterbitkan bergandingan dengan novel-novel lain dalam tahun-tahun enam puluhan.

Latar belakang.

Novel musafir ini menyingkap perjalanan kehidupan seseorang yang pada mulanya susah dan dengan usaha yang ada berjaya memperolehi kesenangan tetapi akibat terlalu leka dengan kuasa dan harta, kesenangan yang diperolehi lenyap sedikit demi sedikit. Tetapi kesedaran yang segera timbul berjaya memberikan petunjuk untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Persoalan dapat dilihat berdasarkan kehidupan sebenar masyarakat pada waktu itu. Masyarakat Melayu yang bercucuk tanam, nelayan, masyarakat Cina yang berkaitan dengan kerjaya perniagaan dan sebagainya. Ini bukan sahaja sekadar buku pengisi waktu luang pembaca. Sebuah novel yang membawa pembaca merenungi kehidupan, erti baik dan buruk, dan pergolakan kejiwaan manusia. Secara tidak sedar pembaca dibawa oleh Hasan Ali untuk merefleksikan kehidupan pembaca sendiri melalui karakter dan perwatakan yang ada sekitar segala situasi plot latar sekitar sebelum dan sesudah merdeka. Watak-watak dalam karya ini begitu manusiawi dan nyata. Bahasa ringkas dan unsur kepuitisannya wujud dalam usaha menarik minat pembaca. Penulis berjaya memberikan suatu impak realiti kepada pembaca melalui kisah kehidupan masyarakat dengan menerapkan unsur-unsur kesenangan, kesusahan, penipuan, lupa akan daratan dan sebagainya.

Gaya bahasa

Menurut Nik Hassan Basri ( 2007), gaya bahasa dapat dikelompokkan kepada lima jenis iaitu gaya bahasa perbandingan, pertentangan, pengulangan, penyirnaan dan pertautan. Tidak dapat dinafikan bahawa gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Gaya bahasa yang menjadikan sesebuah karya itu hidup atau kaku.
Penulis memulakan karyanya dengan ayat pada perenggan pertama:

Daun padi sedang menghijau di tengah sawah. Anak sungai pinang yang jernih membelah segala kehijauan itu dengan alurnya yang bengkang-bengkok. Pohon pinang dan kelapa selang-menyelang memagari keliling sawah. Dari jauh kedengaran suara ibu mendodoikan anaknya,

Melalui ayat tersebut dilihat penulis menerapkan penggunaan unsur bahasa majaz perbandingan personafikasi iaitu menerang objek manusia kepada bukan manusia. Ayat 'anak sungai pinang yang jernih membelah' menjelaskan sifat air sungai pinang membelah bahawa frasa tersebut ialah kata kerja bagi manusia dipindahkan dan dibandingkan kepada air sungai pinang tersebut. Diikuti dengan ayat yang seterusnya menerapkan unsur majaz yang sama dengan kehadiran frasa 'selang menyelang'. Permulaan sebegini dilihat menarik kerana penerapan kata-kata indah yang berkesan. Penulis mengheret pembaca dengan menggunakan teknik imaginasi suasana persekitaran untuk turut bersama-sama berimaginasi seolah-olah berada pada suasana dan tempat berkenaan. Novelis juga menerapkan unsur bukan bahasa iaitu imejan dengan meletakkan unsur alam persekitaran. Ia dapat dilihat pada diksi 'daun padi','air sungai pinang', 'pohon pinang dan kelapa' yang dapat diistilahkan sebagai imej-imej alam.

    Hasan Ali turut menerapkan penggunaan gaya bahasa hiperbola dalam karyanya. Contoh dapat dilihat pada halaman 111 novel ini iaitu :

air matanya yang dikandung dalam dadanya telah melimpah keluar dan akhirnya, nafasnya telah putus di penghujung batuknya yang tidak meleking lagi. Ketika itu datanglah awan hitam yang menyelubungi seluruh kehidupan Leman.

Merujuk ayat diatas, frasa awan hitam digambarkan dengan kesedihan yang teramat sangat dilalui oleh watak. Menerusi definisi hiperbola, merujuk kepada penggunaan istilah yang membesarkan sesuatu dengan tujuan penekanan dilihat sesuai dengan contoh yang diberikan penulis. Kenyataan ini bermaksud bahawa seluruh kehidupan Leman diselubungi kesedihan sebagaimana ditekankan frasa 'awan hitam' dan dibandingkan dan dikaitkan dengan kehidupan watak ketika itu.

Sebelum penulis memperkenalkan watak utama dalam karyanya, watak musafir diletakkan selaras dengan konsep enumerasi yang bermaksud penyataan diksi atau frasa penting terlebih dahulu sebelum menjelaskannya dengan lebih lanjut. Keadaan ini dapat dilihat pada halaman pertama iaitu :

'pengembara yang baharu tiba itu terpaksa mematikan langkahnya..'

Melalui frasa ini, penulis menerangkan watak utama secara umum iaitu 'pengembara' atau musafir sebelum menjelaskannya dengan lebih lanjut pada halaman kedua iaitu pengenalan kepada namanya sebagai 'Lee Han'. Diterangkan juga tujuan kehadirannya ke kampung tersebut melalui diksi " tapi, Pak Aji, saya suka masuk Melayu". Ini dapat diterangkan sebagai niat watak untuk memeluk agama Islam. Penulis menggunakan gaya bahasa tersebut untuk menerapkan kesan suspen dan separa klimaks agar pembaca agar lebih menumpukan pembacaan mereka supaya dapat mengenali watak utama secara jelas.

    Terdapat penggunaan teknik dialog pada permulaan kandungan novel ini. Pada kandungan 'kawan lama', dialog antara Leman dan Kadir iaitu :

"Turun lagi malam ini Leman?". Seorang kawan nelayan bertanya ketika Leman membubul pukatnya diluar pondok , sambil menikmati tiupan angin petang.

"Belum tentu lagi Kadir." Leman menjawab.

Dengan menggunakan teknik dialog, pembaca akan turut serta dalam penceritaan novel ini dengan memainkan watak Leman dan Kadir secara realiti.

Penulis dilihat juga meletakkan meletakkan gaya bahasa perulangan anafora iaitu pengulangan kata atau frasa yang sama pada permulaan klausa penulisannya. Contoh dapat dilihat pada halaman 130 iaitu :

Mereka tidak peduli. Mereka lapar, mereka marah, mereka telah melakukan seperti sesuatu yang dilakukan manusia yang tidak bertamadun. Dan mereka tidak sedar.

Melalui contoh diatas dilihat pengulangan diksi mereka. Pengulangan frasa ini akan menghasilkan kesan emosi yang kuat kepada pembaca. Menurut Nik Hassan Basri (2007), anafora sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau ayat secara berurutan supaya memperolehi kesan tertentu. Diksi mereka merujuk kepada pekerja-pekerja lombong yang membuat rusuhan dengan menggambarkan perasaan mereka yang sedang marah dan inginkan tuntutan mereka dipenuhi. Pengunaan teknik berjaya mempertegaskan maksud yang ingin disampaikan penulis bahawa watak yang digarapkan sedang marah digambar bandingkan dengan manusia yang tidak bertamadun.

    Penggunaan gaya bahasa perbandingan simile dilihat meluas dalam penulisan karya ini. Contoh dapat dilihat pada halaman 10 iaitu :

Kemudian dihenyakkannya punggungnya di atas bendul sehingga pondok itu bergegar. Budak-budak muda itu senyap seperti tikus basah, hanya Leman bersuara.

Kewujudan gaya bahasa perbandingan simile dapat dilihat dengan kehadiran frasa seperti. Merujuk ayat di atas, keadaan tikus yang basah dibandingkan dengan keadaan watak budak-budak yang hanya memdiamkan diri. Situasi ini dibandingkan dengan keadaan tikus yang basah yang hanya senyap dan tidak memberikan sebarang reaksi. 
Retorik

Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Melalui novel yang dikaji, dilihat penulis menerapkan kepelbagaian retorik dalam penulisannya. Segala maksud dan penjelasan dalam karya dapat disampaikan dengan jelas dan menarik kepada pembaca.

Pada keseluruhan novel ini dilihat penulis menggunakan retorik naratif penceritaan . Pada bahagian awal kandungan iaitu 'anak angkat' sehingga bahagian 'penutup' atau bahagian terakhir novel ini, pemakaian retorik penceritaan begitu jelas. Plot novel boleh dibaca pada pelbagai lapis makna. Novel ini pasti bukan sahaja untuk pembaca yang malas atau mereka yang mahukan pembacaan ringan. Seorang pembaca harus meneliti penanda dan petanda yang bertaburan sepanjang novel untuk mengikuti serta memahami plot dan makna yang cuba diungkapkan oleh pengarang. Sebagai contoh pada bahagian pertama iaitu 'anak angkat' diceritakan tentang kedatangan watak Leman ke suatu kawasan yang baharu baginya. Diikuti dengan perjalanan cerita yang berurutan dengan watak utama terus dikembangkan dengan komunikasinya watak-watak lain. Sehingga pada bahagian akhir novel diceritakan watak Leman yang sudah berumur. Ia dapat dilihat pada halaman 149 iaitu :

perempuan yang separuh umur itu memulakan doa-doanya, diiringi dengan air mata, diikuti oleh laki-laki tua itu.

dan pada halaman 152 iaitu : 

    "ah, rupanya hari telah tinggi." Hasnah berpaling menentang muka orang tua itu.  

Watak lelaki tua dan orang tua tersebut merupakan watak Leman yang digambarkan sudah berumur. Merujuk ayat di atas, penulis berjaya meletakkan watak lelaki tua sebagai watak Leman walaupun tidak diterangkan secara mendalam. Ayat tersebut juga terdapat teknik skema ragaman abstrak-konkrit diterapkan iaitu 'memulakan doa-doanya, diiringi dengan air mata'. Diksi doa-doanya merupakan diksi jenisan abstrak dan diksi air mata adalah bersifat konkrit.

Penulis menggunakan penulisan yang ringkas dan mudah untuk difahami. Penggunaan tatabahasa yang bebas sebagai contoh pada halaman 2 iaitu :

    "datang dari mana?"dia memulakan pertanyaan.

Dan

    "apa nama?" Pak aji bertanya.

Melalui ayat dia atas, penggunaan kata tanya 'mana' dan 'apa' diletakkan pada akhir ayat menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu yang sepatutnya diletakkan pada awal ayat. Ia menunjukkan bahawa retorik penceritaan menggunakan tatabahasa yang bebas dan ekspresi yang bebas. Walaubagaimana pun, teknik ini dilihat berkesan kerana ia diklasifikasi sebagai dialog perbualan antara watak. Pembaca akan turut bersama berada dalam suasana penceritaan. Pemakaian teknik ini dilihat berjaya mengheret pembaca untuk turut sama berdialog berdasarkan dialog watak dalam novel.

    Penulis menggunakan teknik retorik deskriptif selaras dengan retorik pemerian dalam penulisannya.. Retorik pemerian dilihat mampu melukiskan peristiwa dengan kata supaya pembaca turut mengambarkan situasi. Juga disebut pelukisan iaitu penulis berusaha melukiskan sesuatu melalui perkataan. Penulis cuba untuk menerangkan dan memerikan sesuatu maklumat kepada pembaca agar isi penyampaianya difahami dengan jelas. Contoh dapat dilihat pada halaman 68 iaitu :

Maimun sudah tiga kali janda. Ketiga-tiga bekas suaminya itu orang tua. Ketiga-tiga saudagar kain yang biasa bertumpu ke daerah itu, Maimun tidak pernah membantah kerana perkahwinan itu sebab dia dalam peliharaan tuanya yang selalu ingin mempunyai wang banyak. Maimun masih baik lagi. Suaminya yang pertama seorang Pakistan, yang kedua seorang Kelantan dan yang ketiga seorang haji tua.

Melalui ayat tersebut, penulis berjaya menerapkan retorik pemerian. Menurut Nik Hassan Basri (2007), pemerian merupakan bercerita tentang sesuatu keadaan atau peristiwa. Hasan Ali berjaya menjawab setiap persoalan mengenai watak Maimun melalui kisah hidupnya. Persoalan pembaca seperti 'bagaimana Maimun bergelar janda?', 'siapakah bekas suaminya?' dan 'mengapa Maimun menerima perlawaan tersebut?' berjaya diterangkan keadaanya dalam ayat di atas.

Teknik imbas kembali (flashback) muncul secara meluas dalam novel Musafir
ini. Contoh teknik dapat dilihat pada halaman 54 iaitu :

Matanya merintangi sinar matahari yang kian meninggi. Tatkala itu, melintaslah kenangannya kisah-kisah hidupnya yang lalu.

Ayat diatas menerangkan teknik imbas kembali dengan berkesan. Pembaca akan mengambarkan peristiwa dan kisah hidup terdahulu watak. Frasa melintaslah kenangan dapat memerihalkan bahawa watak sedang cuba mengimbas kembali kisah hidupnya yang lampau. Watak mengingati kembali (berkhayal) pengalaman masa lampau. Semasa mengingati kembali pengalaman lampau itu berlaku monolog dalaman di mana perasaan dan kata-kata Leman tersirat dalam hatinya. Teknik ini berterusan pada ayat berikutnya pada novel. Ayat ini menarik kerana pembaca akan mengenali latar belakang watak dengan jelas walaupun tidak disampaikan oleh penulis pada bahagian sebelumnya. Penggunaannya dilihat sesuai dengan tajuk bahagian dalam novel ini iaitu 'terkenang'. Ayat tersebut juga dapat dilihat dari segi penggunaan retorik pemerian bahawa kisah silam watak iaitu Leman diperihalkan pada ayat berikutnya menerusi frasa 'melintaslah kenangannya kisah-kisah hidupnya yang lalu'.

Laras

Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Merujuk novel yang dikaji, Hasan Ali menggunakan dan mengolah karyanya selari dengan penggunaan laras bahasa sastera. Dalam novel ini, penulis berjaya Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif melalui contoh pada halaman 145 iaitu :

Apabila perjalanan hari terus mara, terus bertukar, akan bertukarlah pula segala kisah dan akan bertukarlah segala rasa.

Ayat tersebut berjaya memperlihatkan laras bahasa sastera yang baik terutamanya kepada minat pembaca untuk mengamati pembacaan. Unsur-unsur kreatif dan permainan bahasa khususnya manipulasi bahasa begitu jelas dalam diksinya. Menurut Rahman Shaari (1993), yang membezakan gaya bahasa sastera dengan gaya bahasa bukan sastera ialah manipulasi bahasa. Ayat di atas mempunyai pelbagai keindahan retoriknya. Dapat dijelaskan melalui rajah :

Bil
Keindahan laras bahasa (merujuk kepada retorik)
Contoh
Penerangan
1.
Polisindeton
akan bertukarlah pula segala kisah dan akan bertukarlah segala rasa.

Pengunaan kata hubung 'akan' yang melebihi daripada jumlah lazim yang digunakan menurut rumus tatabahasa Bahasa Melayu.
2.
Pleonasme
terus bertukar,

akan bertukarlah.

Penggunaan kata 'terus bertukar' dan 'akan bertukarlah' dilihat tidak menepati gramatis tatabahasa dan ia digunakan lebih banyak daripada yang diperlukan.
3
Konsep segi tiga terbalik

A2 A3





A1
A1 merujuk kepada perjalanana hari terus mara.

A2 merujuk segala kisah

A3 merujuk kepada segala
Bagi mengukuhkan frasa perjalanan hari terus mara, frasa bertukar segala kisah dan bertukar segala rasa perlu bersama agar frasa tersebut dapat berdiri dengan sempurna.


Melalui analisa ayat, dapat dirumuskan penulis berjaya menerapkan laras bahasa sastera dengan sempurna dalam menghasilkan karya yang puitis dan indah walaupun ringkas. Laras bahasa sastera memperlihatkan penggunaan bahasa yang menarik dan kreatif. Walaupun ayat diatas terdapat penyimpangan bahasa dan tidak menepati skema tatabahasa, tetapi dapat dilihat melalui kegramatisan serta dramatisnya.

    Dapat dilihat juga penggunaan beberapa pantun dalam karya penulis tersebut. Melalui pendekatan ini, penulis telah berjaya menarapkan unsur-unsur asli sastera bahasa Melayu. Contoh dapat dilihat pada halaman pertama iaitu :

Hendak gugur gugurlah nangka,

Jangan menimpa si batang pauh,

Hendak tidur tidurlah mata,

Jangan dicinta orang yang jauh.



Melalui penerapan unsur pantun, dapat dilihat secara keseluruhan latar karya tersebut iaitu sekitar waktu sebelum merdeka kerana masih terdapat penggunaan pantun asli dalam kehidupan masyarakat. Penggunaan pantun ini dapat memerikan bahasa tersirat dan makna konotasi terhadap sesuatu karya bahasa.







Senarai ayat yang menarik dan terbaik dari segi retorik.

Skema seimbang
merujuk kepada perubahan bentuk atau susunan sesuatu perkataan secara seimbang yang menghasilkan kesan makna yang berbeza.

Paralelisme

Kesamaan struktur dalam pasangan atau siri kata-kata, frasa atau klausa yang berhubungan. Contoh pada halaman53 novel Musafir iaitu:

Beberapa bukit telah didatanginya, ladang-ladang getah, ladang pisang dan hutan-hutan kecil

Isokolon.

Pengulangan frasa-frasa dalam kepanjangan yang sama dan lazimnya berstruktur sejajar. Seperti pada halaman 34 karya novel ini iaitu :

Setiap mata berkisar-kisar pandangan kepada haji gemuk, kepada haji kurus, kepada Pak Mahmud,dan kepada Leman yang bermuka usang di tepi dinding.

Skema perulangan merupakan perulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan makna, nada dan bunyi yang puitis berirama dan pelbagai.

Anafora

Pengulangan perkataan yang sama atau sekumpulan perkataan pada permulaan klausa yang menghasilkan kesan emosi yang kuat. Contoh dapat dilihat pada halaman 107 dalam novel ini iaitu :

Tetapi bukannya sebagai seorang pegawai, hanya sebagai seorang manusia biasa, manusia yang banyak wang, manusia yang senang, manusia yang memang tabiat semula jadinya punya keinginan.

Epistrop

Pengulangan kata-kata yang sama kumpula pada akhir klausa-klausa yang berurutan. Contoh dapat dilihat pada halaman 57 novel ini iaitu :

    Dia tidak boleh lari dari manusia, sebab dia sendiri manusia

Anadiplosis

Pengulangan kata akhir dalam sesuatu klausa pada permulaan klausa berikutnya. Contohnya pada halaman 27 novel Musafir iaitu :

Leman terus menuruti anak muda itu dengan matanya, memerhatikan langkah yang satu , satu menuju tempat itu.

Klimaks

Penyusunan kata-kata, frasa-frasa atau klausa-klausa dalam urutan kepentingan yang meningkat. Contoh dapat dilihat pada halaman 66 novel ini iaitu :

Dan dia ingin segera kembali ke desa, ke ladang, ke tempat kedamaian hatinya bersama Pak Nayan.

Asonansi

Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam sukukata-sukukata yang diberi penekanan pada kata-kata bersebelahan. Sebagai contoh pada halaman
90 novel ini iaitu :

    Semasa ke semasa semakin ternyata

Aliterasi

Pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua kata atau lebih kata-kata yang bersebelahan. Contohnya pada halaman 142 novel musafir iaitu :

demikianlah, dunia demokrasi.

Skema pengguguran iaitu pengguguran kata hubung atau tanda mekanis. Penggunaan kata hubung yang melebihi kebiasaan untuk memberi keunikkan dan kepelbagaian gaya bahasa.

Ellipsis

Pengguguran secara sengaja kata atau beberapa kata yang dibayangkan oleh konteks. Contoh dapat dilihat pada halaman 21 novel ini iaitu :

daripada Husain, Leman dapat peluang belajar menulis dan membaca Bahasa Melayu.

Asindeton

Penggunaan kata hubung antara siri-siri klausa yang berhubungan. Contohnya pada halaman 18 novel Musafir iaitu :

dia terus melangkah sambil mulutmya berbisik antara kedengaran dengan tidak, ' tinggallah desa yang yang indah, tinggallah sungai yang jernih, tinggallah sawah yang subur, dan tinggallah....'

Polisindeton

Penggunaan kata hubung yang melebihi daripada jumlah yang lazim digunakan menurut rumus tatabahasa. Contohnya dapat dilihat pada halaman 23 novel Musafir iaitu :

satu demi satu pengkalan tempat perahu dan tempat mandi-manda telah dilalui oleh Leman, dan jauh di hujung tasik barulah kelihatan samar-samar pondoknya hitam tertegun seperti rimbun pohon manggis dara.

Skema ragaman ialah manipulasi kata atau frasa yang pelbagai dari segi teknik, penuyusunan serta kesannya.

Abstak-konkrit

Gandingan di antara kata atau frasa yang pengertiannya berbentuk abstrak pada awal ayat dengan kata atau frasa yang berbentuk konkrit atau bukan ghaibi pada ayat atau frasa berikutnya. Contoh pada halaman 91 iaitu :

    Tuhan telah memberi kita rezeki (harta) besar.

Konkrit-abstrak

Gandingan di antara kata atau frasa yang pengertiannya berbentuk konkrit pada awal ayat dengan kata atau frasa yang berbentuk abstrak atau ghaib pada ayat berikutnya. Contoh dapat dilihat pada halaman 9 novel Musafir iaitu :

"kaya harta, bukan kaya budi," kata Bidin, rakannya.

Dan pada halaman 149 dalam novel Musafir iaitu :

"ayah, bahagialah roh ayah dalam kumpulan ahli-ahli syurga"

Emunirasi

Menyatakan diksi atau frasa penting terlebih dahulu sebelum menerangkan dengan lebih lanjut maksudnya secara ringkas pada frasa berikutnya. Contoh dapat dilihat pada halaman 91 dalam novel yang di kaji iaitu :

" Pelacur ialah perempuan-perempuan yang sudah rosak hidupnya. Mereka hidup dengan menjual batang tubuhnya".

Majaz bermakna memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya hubungan dan petunjuk.

Majaz pertautan merupakan hubungan pertautan makna sama ada bersifat simbolik, perumpamaan dan tamsilan.

Periprasis

Penggantian kata atau frasa deskriptif untuk nama khas atau bagi kualiti yang berkaitan dengan nama tersebut. Contoh dapat dilihat pada halaman 53 dalam novel ini iaitu : 

    Leman tidak berasa cemas kalau-kalau dia dibungkus oleh pengganas, atau dideram oleh pak belang.

Alusi

Merujuk kepada peristiwa, tokoh atau tempat dalam kehidupan nyata, mitos atau karya sastera yang terkenal. Contoh dapat dilihat pada halaman 23 iaitu :

Ketika pagi mencecah datang, muka tasik itu mula dijalari nelayan-nelayan, harus sama seperti kesibukkan jalan raya bandar Ipoh ketika orang berkejar ke pejabat.

Pada halaman 29 novel ini iaitu : 

    Dan dalam pada itu, dia kembali mengingatkan kisah Perang Dunia Kedua.

Dan pada halaman 50 dalam novel ini iaitu : 

    Leman masih ternganga dan masih duduk terhenyak di pangkal pohon beringin itu dengan dikelilingi oleh orang-orang itu seperti Kasim Baba dikelilingi oleh penyamun dalam kisah " Seribu Satu Malam" yang masyhur itu.

Eufemisme

Menghaluskan kata-kata. Contoh pada halaman 56 dalam novel ini iaitu :

    Babak hidupnya hampir habis di rumah itu. Kakaknya yang telah putus harapan itu telah menyerahkan nyawanya kepada air jernih di bekas lombong yang pernah memberi, mereka kezeki dahulu-dahulunya.

Disfinisme

Kata-kata yang kasar untuk tujuan tertentu. Contohnya pada halaman 146 novel Musafir

iaitu :

Leman bangun dan lekas-lekas menyusun kembali bantal-bantal dan kerusi sial itu, dan serentak dengan itu suara Ramlah memanggil.

Pleonasme

Menggunakan kata-kata yang lebih banyak daripada yang diperlukan. Contoh dapat dilihat pada halaman 18 dalam novel Musafir iaitu :

dalam pada itu, ada juga kelihatan beberapa titik air yang jernih keluar dari kelopak matanya.

Majaz perbandingan merupakan penggunaan unsur-unsur bahasa yang bersifat membandingkan dua hal yang hakikatnya berlainan atau yang sengaja dianggap sama.

Metafora

Memindahkan contoh pada halaman 61 iaitu :

    Tetapi aku tetap macam lama, menjadi kuda tua di pejabat.

Simile

Perbandingan secara langsung. Contoh dapat dilihat pada halaman 10 novel yang dikaji iaitu :

     " Apa yang kamu gelakkan, gelak seperti gelak Iblis.

dan,

    budak-budak muda itu senyap seperti tikus basah

Personafikasi

Menerangkan objek manusia kepada bukan manusia. Contoh dapat dilihat pada halaman pertama dalam novel yang dikaji iaitu :

kakinya dihulurkan ke dalam air sambil dikocak-kocakkan dan matanya merayap kepada daun-daun padi yang menghijau, kepada daun kelapa yang melambai-lambai.

Hiperbola

Penggunaan istilah yang membesarkan dengan tujuan penekanan. Contohnya dalam novel Musafir pada halaman 111 iaitu :

air matanya yang dikandung dalam dadanya telah melimpah keluar dan akhirnya, nafasnya telah putus di penghujung batuknya yang tidak meleking lagi. Ketika itu datanglah awan hitam yang menyelubungi seluruh kehidupan Leman.

Ironi

Penggunaan kata-kata dalam suatu cara yang membawa maksud pertentangan daripada maksud literal nada kata tersebut. Contoh dapat dilihat pada halaman 90 novel yang dikaji iaitu : 

    " bukanlah pula yang lama itu kurang baik, tetapi yang lama itu baik pada

     zamannya, sedangkan kita sekarang hidup di zaman baharu"



Litotes

Mempertentangkan dengan merendahkan diri. Contoh dalam novel ini pada halaman 93 iaitu:

Dahulu, Leman tidak pernah terfikir yang dia seorang mualaf yang dipandang hina dapat duduk bersama-sama dalam suatu majlis orang-orang atasan.

Majaz ragaman merupakan kepelbagaian struktur ayat yang membawa pelbagai makna.

Simetri

Penggunaan kata atau frasa yang sama atau hampir sama maksudnya. Contoh dapat dilihat dalam novel yang dikaji pada halaman 121 hingga122 iaitu :

Tapi jarang ada orang menumpukan kesalahan kepada orang-orang kaya dan orang-orang besar itu. Mereka tetap besar, kaya dengan membawa nama yang tinggi tidak seperti pelayan-pelayan yang sering dilemparkan dengan segala kehinaan.

Onomatopia

Penggunaan kata-kata yang bunyinya meniru makna kata tersebut. Contohnya pada halaman 59 novel yang dikaji iaitu :

    "Srrr ... sssrrr ..." bunyi daun-daun padi yang dilanda Leman.

Antimeria

Maksud penggantian golongan kata dengan golongan kata lain. Contoh dapat dilihat melalui halaman 22 novel yang dikaji iaitu :

Seorang daripadanya ialah Pak Rahman. Hidup Pak Rahman ini bolehlah dibilang berada juga di kampung itu.

 

Eklamasi

Menggunakan kata seru untuk menegaskan maksudnya. Contoh dapat dilihat pada halaman 8 novel yang dikaji iaitu :

    " Hoi, tengoklah ke sini."

dan pada halaman 50 iaitu :

    " Hei! Cakap segera. "


 Senarai ayat perbandingan.



Bil.
Ayat
Unsur yang dibandingkan
Perbandingan
Sumber

1.
Lee han pun kelihatan sangat gembira, matanya jernih dan jalur-jalur diatas keningnya telah berkurangan, seolah-olah telaga hatinya yang kemarau itu telah didatangi musim tengkujuh.
Musim kemarau berganti musim tengkujuh
Hatinya yang gelisah runsing bertukar menjadi tenang gembira
Halaman 3

Novel Musafir

( Hassan Ali)
2.
Dan meraung-raung waktu tengah malam seperti gembala unta di padang pasir
Gembala unta di padang pasir
(suasana gembala) Suara teriakan pengembala unta yang kuat di padang pasir.
Halaman 19

Novel Musafir

( Hassan Ali)
3.
Harus Yusof juga merasa keganjilan waktu menjabat tangan Leman, sebab tangan tetamu itu dirasainya sejuk seperti tangan mayat
Tangan mayat
Sejuk tangan mayat
Halaman 28

Novel Musafir

( Hassan Ali)
4.
Leman telah menjadi bodoh seperti kerbau yang ditarik talinya.
Kerbau yang ditarik talinya
Sifat kerbau yang menurut sahaja kehendak tuannya
Halaman 74

Novel Musafir

( Hassan Ali)
5.
Perang-perang dingin itu hampir menerbitkan perang antara blok-blok seperti blok Barat dan blok Komunis
Perang antara blok Barat dan blok Komunis
Peperangan antara kuasa Barat ( Britain, amerika Syarikat) dengan blok Komunis (Jerman, China)
Halaman 112

Novel Musafir

( Hassan Ali)

Sabtu, 12 September 2009

Kombinasi Mudah Papan Kekunci Komputer


  • CTRL+C (Copy)
  • CTRL+X (Cut)
  • CTRL+V (Paste)
  • CTRL+Z (Undo)
  • DELETE (Delete)
  • SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
  • CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
  • CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
  • F2 key (Rename the selected item)
  • CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
  • CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
  • CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
  • CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
  • CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
  • SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
  • CTRL+A (Select all)
  • F3 key (Search for a file or a folder)
  • ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
  • ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
  • ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
  • ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
  • CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
  • ALT+TAB (Switch between the open items)
  • ALT+ ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
  • F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
  • F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
  • SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
  • ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
  • CTRL+ESC (Display the Start menu)
  • ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
  • Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
  • F10 key (Activate the menu bar in the active program)
  • RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
  • LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
  • F5 key (Update the active window)
  • BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
  • ESC (Cancel the current task)


  • SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)




  • Dialog Box Keyboard Shortcuts
    • CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
    • CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
    • TAB (Move forward through the options)
    • SHIFT+TAB (Move backward through the options)
    • ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
    • ENTER (Perform the command for the active option or button)
    • SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
    • Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
    • F1 key (Display Help)
    • F4 key (Display the items in the active list)
    • BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)




  • Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
    • Windows Logo (Display or hide the Start menu)
    • Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
    • Windows Logo+D (Display the desktop)
    • Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
    • Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
    • Windows Logo+E (Open My Computer)
    • Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
    • CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
    • Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
    • Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
    • Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
    • Windows Logo+U (Open Utility Manager)




  • Accessibility Keyboard Shortcuts
    • Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
    • Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
    • Left ALT +left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
    • SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
    • NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)


    • Windows Logo +U (Open Utility Manager)




  • Windows Explorer Keyboard Shortcuts
    • END (Display the bottom of the active window)
    • HOME (Display the top of the active window)
    • NUM LOCK +Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
    • NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
    • NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
    • LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)


    • RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)




  • Shortcut Keys for Character Map
    • After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
    • RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
    • LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
    • UP ARROW (Move up one row)
    • DOWN ARROW (Move down one row)
    • PAGE UP (Move up one screen at a time)
    • PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
    • HOME (Move to the beginning of the line)
    • END (Move to the end of the line)
    • CTRL+HOME (Move to the first character)
    • CTRL+END (Move to the last character)


    • SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)




  • Microsoft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts
    • CTRL+O (Open a saved console)
    • CTRL+N (Open a new console)
    • CTRL+S (Save the open console)
    • CTRL+M (Add or remove a console item)
    • CTRL+W (Open a new window)
    • F5 key (Update the content of all console windows)
    • ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
    • ALT+F4 (Close the console)
    • ALT+A (Display the Action menu)
    • ALT+V (Display the View menu)
    • ALT+F (Display the File menu)


    • ALT+O (Display the Favorites menu)




  • MMC Console Window Keyboard Shortcuts
    • CTRL+P (Print the current page or active pane)
    • ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
    • SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
    • F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
    • F5 key (Update the content of all console windows)
    • CTRL+F10 (Maximize the active console window)
    • CTRL+F5 (Restore the active console window)
    • ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
    • F2 key (Rename the selected item)


    • CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)




  • Remote Desktop Connection Navigation
    • CTRL+ALT +END (Open the MicrosoftWindows NT Security dialog box)
    • ALT+ PAGE UP (Switch between programs from left to right)
    • ALT+ PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
    • ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
    • ALT+HOME (Display the Start menu)
    • CTRL+ALT +BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
    • ALT+DELETE (Display the Windows menu)
    • CTRL+ALT +Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
    • CTRL+ALT +Plus sign (+) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)




  • Microsoft Internet Explorer Navigation
    • CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
    • CTRL+E (Open the Search bar)
    • CTRL+F (Start the Find utility)
    • CTRL+H (Open the History bar)
    • CTRL+I (Open the Favorites bar)
    • CTRL+L (Open the Open dialog box)
    • CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
    • CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
    • CTRL+P (Open the Print dialog box)
    • CTRL+R (Update the current Web page)


    • CTRL+W (Close the current window








Sumber: http://cybernetic88.blogspot.com/2009/08/100-keyboard-shorcut.html
Related Posts with Thumbnails