Memaparkan catatan dengan label Hakikat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hakikat. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2009

Pergi Tak Kembali - Rabbani


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Pesta Konvo : Perbelanjaan menjangkau RM75000, berlaku pertikaian dalaman

Tanjong Malim, 16 Ogos – Pesta Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang baru berakhir malam semalam mencatatkan jumlah perbelanjaan keseluruhan menjangkau RM 75 000. Jumlah perbelanjaan ini dikatakan anggaran kasar yang dibuat selepas menilai setiap kos dan bayaran yang dibuat sepanjang Pesta Konvo berlangsung.Sumber yang mendedahkan perkara tersebut mengatakan wujud pertikaian daripada salah seorang penasihat program yang juga merupakan pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam mengawal perbelanjaan Pesta Konvo kali ini dengan Pengarah Program, Syaiffuldin Mohamad.Katanya, pegawai tersebut sering diketepikan dalam membuat keputusan yang melibatkan keperluan sesuatu perbelanjaan dan mendakwa seolah-olah keputusan penuh hanya terletak pada Sayiffuldin. Dalam pada itu, sehingga kini pegawai terbabit dilaporkan masih belum mendapat maklumat secara terperinci ke mana pengaliran wang yang dibelanjakan.

Sumber turut menambah, terdapat beberapa perbelanjaan yang tidak dipersetujui pegawai terbabit namun tetap dibuat atas penetapan yang dikeluarkan Syaiffuldin. Antara yang dipertikai pegawai terbabit adalah arahan pembayaran baju sakretariat Pesta Konvo kali ini meskipun jumlah perbelanjaan sudah melebihi daripada yang ditetapkan.

Dalam pada itu, tindakan Syaiffuldin yang dikatakan membuat perbelanjaan tanpa mengikut keperluan dan bertindak sebagai pemutus dalam setiap keputusan didakwa mendapat sokongan daripada Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA), Encik Faiezi Othman.

Pesta Konvokesyen kali ini dikatakan antara yang banyak menimbulkan kontroversi berikutan bantahan luar biasa terhadap penganjuran konsert artis jemputan dan pengisian Forum Perdana Ehwal Islam yang menyentuh isu tersebut sehari selepas konsert dijalankan.-UPSIkini

Related Posts with Thumbnails