Ahad, 30 Ogos 2009

Kata Nama


Kata nama menunjukkan nama benda, naam orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.
Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :

  1. Kata Nama Khas

  • kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.


  • Ia terbahagi kepada tiga :

    • Kata Nama Khas Hidup Manusia – contoh : Lina, Ahmad, Tun Abdul Razak   
    • Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia – contoh : Tompok, Si Belang, Jalak, Jibrail 
    • Kata Nama Khas Tidak Hidup – Balakong, Proton Saga, Parit Buntar, Pasar Seni.
  1. Kata Nama Am

  • kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya.

  • Ia terbahagi kepada dua :

  1. Kata Nama Am Abstrak – jenis kata nama yang bukan berkonsepkan kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian, kemerdekaan, demokrasi.

  1. Kata Nama Am Konkrit – kata nama yang berkonsepkan kebendaan, contohnya sungai, isteri, bapa, kambing.


  1. Kata Ganti Nama

  • kata ganti nama terbahagi kepada :

  1. Kata ganti nama tunjuk

  • kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau benda

  • ada dua : itu ( merujuk kepada benda yang jauh) dan ini (merujuk kepada benda yang dekat)

  1. Kata ganti nama diri – kata ganti nama yang menjadi pengganti nama sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada:

  • Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfingsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk :

    • Siapa à merujuk kepada orang

    • Apa à merujuk kepada benda atau perkara

    • Mana à merujuk kepada benda

  • Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori :

    orang pertama = saya, aku, beta, patik, kita 
    orang kedua = saudara, kamu, awak, engkau, anda 
    orang ketiga = ia, dia, beliau, mereka, nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails