Ahad, 30 Ogos 2009

Melihat yang indah..

Aku suka melihat..

Indahnya ciptaan-Nya..

Kerana di situ aku bermula….

Di situ jua aku berakhir….


 

Sebagai permulaan…

Suatu penetapan aku janjikan…

Satu perjalanan akan ku harungi…

Mulanya dari setitis mani…

Hasilnya emosi, tawa, riang dan warna warni perasaan…

Sejenak aku merenung…

Berapa langkah sudah ku bertapak….

Jauh lagi ku berpesan…

Ingat…

Sama ada matiku di sini..

Atau semadiku sebagai insani….


 

Sudut itu menentukan…

Dalam sujudku merungkaikan…

Dalam mohonku kepada-Nya…

Moga itu yang terbaik bagi hamba-Nya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails